🕌🍂🕌🍂🕌🍂🕌🍂🕌🍂
*AMANAT SOLAT*
(Ustaz Ismail Al-Bakabi)
🍂 Amanat 1:
*" Orang yang Solat lebih nampak kesalahan diri sendiri daripada kesalahan orang lain. "*
🍂 Amanat 2:
*" Penyelesaian kepada krisis keluarga dan masyarakat adalah Solat. Jika Solat baik, maka keluarga dan masyarakat akan baik. "*
🍂 Amanat 3:
*" Utamakan Solat dalam segala hal, sesuai dengan seruan As-Solah sebelum seruan Al-Falah pada laungan azan. "*
🍂 Amanat 4:
*" Saf Solat berjamaah adalah sebahagian teknik penyatuan dan kekukuhan Ummah. "*
🍂 Amanat 5:
*" Sekira seorang itu tahu pahala berganda, nescaya ia tidak akan tinggal Solat ketika ia sakit. "*
🍂 Amanat 6:
*" Sesibuk mana pun kita, sekurang² zikir setelah Solat bacalah Istighfar 3 kali dan Allahumma Antas-Salam...kerana 2 zikir ini datang dlm sebuah Hadits. "*
🍂 Amanat 7:
*" Orang yang Solat pun, janganlah terlalu selesa. Kerana 'Ulama' pernah berkata bahawa Solat yang TIDAK KHUSYUK itu akan DIMURKAI Allah. "*
🍂 Amanat 8:
*" Pelihara Solat, Allah pelihara kehidupannya. Abaikan Solat, nescaya Allah abaikan kehidupan dunia dan Akhirat ia akan merana. "*
🍂 Amanat 9:
*" Orang yang tidak Solat, berusaha mengotorkan jiwanya. Orang yang menafikan Solat, berusaha memusnahkan jiwa raganya. "*
🍂 Amanat 10:
*" Solat Berjamaah syi'ar dan sumber kekuatan generasi berjaya. Ayuh..! Tegakkannya seiring Sunnah. "*
🍂 Amanat 11:
*" Kejayaan seorang Muslim bukan banyak rakaat Solatnya, tetapi bergantung kepada KHUSYUKnya. "*
🍂 Amanat 12:
*" Jika seseorang itu LALAI ketika Solat, maka kehidupan duniawinya penuh LAGHO dan KELALAIAN. "*
🍂 Amanat 13:
*" Waspada HADITS² PALSU berkaitan Solat seperti 15 azab ke atas mereka yang meninggalkan Solat dan lainnya. "*
🍂 Amanat 14:
*" DAPATKAN bimbingan Solat secara TEORI dan PRAKTIKAL daripada seorang yang benar² MEMAHAMI persoalan dan perbahasannya. "*
🍂 Amanat 15:
*" Sesiapa yang INGIN kedudukan TINGGI, MULIA dan kepentingannya terlaksana, maka DIRIKAN SOLAT, tinggikan, muliakan dan jadikan Solat sebagai suatu KEPENTINGAN DALAM HIDUPNYA. "*
🍂 Amanat 16:
*" Dirikan Solat sesuai dengan KEMAMPUAN diri dan pelaksanaannya semestinya bersesuaian dengan SUNNAH. "*
🍂 Amanat 17:
*" Selama BERAKAL, maka Solat WAJIB didirikan. Oleh itu pelihara akal itu antara KEWAJIPAN yang perlu dititik-beratkan. "*
🍂 Amanat 18:
*"JANGAN biarkan keluargamu TANPA bimbingan Solat, walaupun usia mereka terlalu MUDA. "*
🍂 Amanat 19:
" *Tangguh Solat, Allah tangguhkan urusan kamu. SEGERA dirikan Solat, nescaya Allah SEGERAKAN segala HAJAT kamu.* "
🍂 Amanat 20:
" *BERZIKIR setelah Solat. Ingatlah bahawa DOA itu juga sebahagian Zikrullah.* "
🕌🍂🕌🍂🕌🍂🕌🍂🕌🍂
# _Cintailah Solat_
# _Sebar Utk Lebih Manfaat_
0 komentar: